Pages

Friday, January 28, 2011

terima kasih nuffnang. terima kasih korang!!



terima kasih nuffnang. terima kasih korang!!


Entry ini khas untuk korang... korang..dan koranggg.

Alhamdulillah. syukur di atas rezeki NYA. kalau cash out kan earnings tu bermakna baru masuk empat kali dapat cek dari nuffnang. hek eleh. baru empat kali pun dah nak kecoh sekampung (--")

Walau earnings suam-suam kuku je tak macam blogger lain tapi aku tetap amat bersyukur. terima kasih bebanyak nuffnang dan korang semua! siapa yang tak suka duit free kan? eh free ke? bersusah payah jugaklah nak mendapatkan earnings dari Nuffnang tu wey. tak sia-sia lah kadang aku tidur pukul 2-3 pagi semata-mata mahu menghupdate blog. waktu malam je lah masa yang aku ada untuk berblog. habis lebam-lebam mata aku dibuatnya. tenyeh satu botol concealer pun still tak boleh nak cover mate nih. haihhh. tensen makkk, nokk!


Bila asik tidur lewat, muka terus bertukar rupa menjadi seperti kak limah di atas.
awwww. mencik lah.
(T____T)

Kat sini, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat korang. Tanpa korang, laman sesawang Cik Nadia Bayu ini tak kemana. Pada korang yang sudi jenguk blog haku yang hampeh ini, tinggalkan jejak, komen setiap entry aku walau entry aku semua jenis stok bosan baban, jenis buat orang muntah darah, buat orang geli geleman, tapi korang sudi jugak nak jenguk dan tinggal jejak. *terharu* tak lupa juga pada pembaca bisu. aku tau ramai silent readers kat ni. kan? baik mengaku cepat! tihehe. dan tak lupa juga pada mak anon dan pak anon. anon adalah spesis yang susah mau pupus. memang ada di mana-mana. buat lah baik macam mana pun confirm ada si anon-anon yang tak puas hati. yang akan mengganas tak kira waktu. buat jahat apatah lagi. tapi aku nak cakap satu benda, aku malas nak cari gadoh dengan anon-anon ni. langsung tak mendatangkan apa-apa faedah kalau gadoh dengan golongan kurang kasih sayang nih.

aku juga nak mintak mahap bebanyak kat korang kalau selama aku berblog ni aku ada terguriskan hati korang ke, terkecikkan hati korang ke. jangan ah simpan dalam hati ok. meh meh berpelukan. *untuk kaum wanita* saje ah. ngehh ngehh. oh aku juga nak mintak mahap sebab kadang aku terlepas pandang. kadang aku tak terbalas komen, email dan pertanyaan-pertanyaan korang. insya Allah aku akan balas semua tu tapi aku amek masa sikit lah nak reply. boleh kan. haihh.. ayat bajet macam bagust jek. *geli mat*

apapun, terima kasih di atas sokongan korang! *cium terbang*



video
short video bisu aku yang poyo
(--")



jakun dapat 1st cheque dari Nuffnang!

kasi blur sikit.
jeng jeng jenggggg....



Alhamdulillah.
sudah dapat cek pertama dari Nuffnang.
biasalah dik non oiiii~~~~~~~
akak (sila baca dengan nada sengau) fes time dapat cek nuffnang nehh.
eksaited mesti lah terlebih kan.
siap hambek gambar tayang kat dalam blog ni.
hambek ko.
geli mat. geli mat.
tapi akak tengok ramai je yang berkelakuan demikian
time mula-mula
dapat first cheque dari Nuffnang,
kan kan kan???

ekceli inilah saat-saat yang paling akak nanti-nantikan
selama bergelumang
menjadi blogger dan join Nuffnang ini.
memang dah lama gilaaaaa akak pendam hasrat ini sorang-sorang.
perangai gediks terlebih memang macam ini lah.
(T_T) huuuuuuu~~~

ekceli dah seminggu lebih dapat cek nuffnang ni.
dah selamat di bank in ke dalam account bank pun.
berkurun lama juga lah tunggu masa yang sesuai nak cash out kan nuff ni.
kasik earning tu tinggi tinggiiiii skett baru lah cash out kan.
walau tidak pernah join contest Nuffnang...
tidak pernah buat entry pasal nuffnang atau advertorials,
tapi Alhamdulillah...
dapat jugak la merasa duit dari Nuffnang ni walau earnings tu
lembab gile jugaklah nak naik naikkk.
kadang naik mendadak..
kadang statik macam orang mati.
dahla aku memang jenis RAJIN AMAT update blog,
memamg confirm lah earning tahap
kura-kura merangkak.



kat sini aku nak ucap terima kasih kat korang semua
yang datang singgah blog ini...
yang bersusah payah kelik iklan nuff aku.
kadang tinggal message di shout
out box mengatakan yang korang dah kelik nuff aku
dan suruh aku kelik nuff korang balik.
aku kelik balik tau.
tapi kadang kalau nuff yang tido tu,
sori la eh tak dapek nak kelik.
huhu.
terima kasih bebanyak ya.
tanpa korang, siapalah blog ini.
cececee~~
oh tapi serius aku sangat hargai korang semua.
walau kadang memang aku tak cukup masa
untuk jenguk blog korang hari-hari,
reply komen atau berchit chat dengan korang kat kotak jerit itu
tapi aku cuba juga cari masa untuk buat semua itu.
(T_T) ceh.
bajet macam bagus je ayat aku neh




apapun, aku sayang korang semua.
thanx semua.
dan nuffnang.
terima kasih yang tidak terhingga
:)

Saturday, January 22, 2011

Blogger yang untung RM1 juta setahun?


pix_gal0
Siapakah blogger yang untung RM1 juta setahun? Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan.Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.Atas tu gambar redmummy.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun-berita harian

p/s: memang banyak kan? tapi nak mula kena besabar la.Tiada benda yang senang dalam dunia ni. Usaha kena berterusan,baru boleh maju.

Friday, January 21, 2011

Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang

Salam 1Malaysia Semua



Amacam petang ni? Ok ker? Demam TERKEZUT menang bola tak hilang lagi ke? Hehehehe.. Ok. Hari ni nak berkongsi satu TIPS lagi. Tapi sebelum itu nak ingatkan, SY ni cuma blogger amatur jer, masih baru, mentah dan pendek kata BELUM LAYAK UNTUK KASI TIPS semacam ini. Namun, atas permintaan rakan blogger, sy gagahkan diri untuk buat senarai langkah sebagai blogger untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) ni yer. Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang

Korang mesti tak percaya kan, ammboi telah mendapat BE Yang Ke-25 dan 26 dah. Semuanya hasil berkat tips yang diberikan oleh blogger otai seperti CikguDahlia dan beberapa blogger lain lagi. Ammboi cuba manfaatkan tips yang diberikan dan alhamdulillah, hasilnya telah nampak di depan mata.



Apa itu BE?

Pada blogger baru, mungkin anda tak tahu BE dan Nuffnang tu apa kan. Tapi mesti anda pernah nampak iklan Nuffnang kat kebanyakkan blog blogger kan. Nuffnang ni ialah satu komuniti pengiklanan blog. Anda boleh mendapat hasil daripada iklan tersebut. Daripada anda berblog suka-suka tu, boleh juga menambah pendapatan sampingan. Berminat? Boleh register Nuffnang kat SINI.

Pendapatan Nuffnang ada 3 jenis. Ada Buffered Earnings (BE), Metered Earnings(ME) dan Campaign. Untuk mendapat lebih banyak hasil, *dalam erti kata lainnya duit* anda perlu mendapat BE. Pendek kata,
Lebih banyak BE = lebih banyak duit
( Kredit untuk Planet MiRRa)


Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang


Langkah 1 :

Pastikan anda melengkapkan ruangan "blogger bio" dan "blogger servey" sebaiknya. Tulis kat situ apa-apa yang patut. Jangan malu-malu dan segan. Kerana disinilah anda memulakan sesi mempromote blog anda kepada Nuffnang. Pastikan anda kasi GEGAR sama naluri Nuffnang untuk gerakkan hati mereka kasi BE banyak-banyak tau.

Langkah 2 :

Kotak Iklan - Korang kena hargai dan belai sebaiknya si KOTAK IKLAN ni. Maksud belai tu korang janganlah dok gosok plak dia. Korang kena letakkan ditempat yang sesuai dan betul dengan kehendak en. Nuffnang ni. Tak betul kotak tu maknanya korang pun takkan dapat BE punyalah. (kecuali jika korang lagi hebat!)

Langkah 3 :


Pastikan status Nuffnang korang senantiasa "gliterrati". Nak dapat status ni senang sahaja. Anda mesti SETIA dengan Nuffnang. Jangan letak iklan dari syarikat pengiklanan yang lain. Dengan ini korang jangan fikir TAMAK jer. Sabar...ada la rezeki tu.

Langkah 4 :

Pastikan blog anda sentiasa ada Unique Visitor (UV) setiap hari. At least 50. Sebab dulu UV blog saya 50++ boleh dapat BE. Lagi banyak lagi bagus lah. Kalau boleh 100++ setiap hari. Kalau kurang sila lah blogwalking kerana blogwalking memang terbukti berkesan dalam menaikkan traffic blog. Ada yang tak berapa tahu pasal UV ni. Sebenarnya, UV ni ialah bilangan pelawat yang datang ke blog kita dalam tempoh satu jam (IP address sama). Contohnya, katakan lah pelawat A datang blog saya pada pukul 2, kemudian dia datang lagi pada pukul 2.20, 2.45 dan 2.55. Walaupun dia datang 4 kali, UV tetap 1 je. So, anda kena bijak lah untuk naikkan UV anda. Kalau nak blogwalking ke blog yang sama tu make sure lewat sejam lah. Baru UV bertambah apabila mereka membalas jejak. ( Kredit untuk Planet MiRRa)

Wokey..ammboi syor sampai Langkah 4 jer. Nak langkah selanjutnya korang boleh jelajah SINI. Sebab ammboi tak pernah sampai tahap ni. hehehe....

Thursday, January 20, 2011

Cek Dari Nuffnang

JANA DUIT DGN:


Cek 1st dr Nuffnang terima bulan 3.



Cek ke-2 dr Nuffnang terima bulan 9.



Dunia blog, dunia yg masih baru bagi aku. Banyak yg aku blum tahu pasal dunia blog ni. Biasalah baru setahun jagung aktif berblog ni.


Terus teranglah cakap, aku mula bjinak2 dlm dunia blog ni disebabkan Nuffnanglah. Entah siapa empunya blog aku terjah cerita pasal income dia dapat dr Nuffnang. So, aku cubalah daftar diblogger. Sebenarnya satu apa pun aku tk tahu psl nk buat blog ni. Aku main buat je. Sambil tu rujuk toturial diblog member maya ni. Aku lupa siapa empunyanye.


Hari demi hari fahamlah sikit mcm mn nk edit itu ini. Last2 nilah rupa blog aku skrg. Cantik tak? Hahahha…perasan lebih. Emmm…aku blum nk ganti template baru lagi. Belum rajin nk tukar. Lagipun aku rs yg ni oklah juga. Tapi kalau mahu pembaharuan ok juga.


Nk diceritakan mula2 dulu aku kurang sgt nk update blog aku ni. Lama juga nk dpt income Nuffnang, Bila masuk je tahun baru tahun ni. Entah apa angin yg mdatang. Aku rajin nk update blog. Bermula dr itulah aku selalu je dapat buffered earning. Murah btl rezeki ms itu. Income pun cepat je masuk.


Blog Coretanmaya ni, mmg pyumbang utama income Nuffnang aku sbb incomenye boleh tahan juga. Selain blog ini, aku ada blog lain juga. Hehehe…tk boleh bgtau. Siapa yg tahu tu, tk pelah.


Bsyukur sangat2 sbb ke semua blog aku tu dpt buffered earning je. Cuma hanya 2 blog je yg mantap incomenye termasuk blog aku ni. TQ Nuffnang sbb mberi peluang kpd para blogger mcm kami mcari income lebih di internet.

Peringatan Dari Nuffnang Community !!

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.
Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Payment Nuffnang : Alhamdulillah First Payment Currentlife2u


Alhamdulillah,syukur rezeki tahun baru,ni first payment from nuffnang..huhuhu..happy la firt time dapat earning bersama nuffnang dalam bblog n facebook..tujuan saya post kat cni coz nak bagi semangat kat diri sendiri n kawan2 blogger agar lebih bersemangat bblog n terus bblog bersama nuffnang...
kenapa saya tutup nama coz saya mahu lebih dikenali ngan nama c2u jer..kihkihkih(poyosssssssss)
kenapa saya tutup tang earnig coz earning ciput jer,malu nak display...hahahaha earning just dapat beli minyak hitam petronas syntiiuummmm semi sintetikjerrrrrrrr..hihihi..

Payment ni di bayar melalui HBSC tau..
whatever saya bersyukur dengan apa yang ada..
earning ni semua dapat dari BE yang diberikan oleh nuffnang kepada c2u,diharap nuffnang tidak segan2 untuk bagi BE LAGI kat c2u k,c2u janji akan promote habis-habisan BE tu nanti...hihihi(ayat bodek ke tuuuuuuuu..huahuahua..up to me laaaa)
terima kasih juga kepada semua kawan blogger yang supporting my blog,hope we all terus support all blogger,berkonsep win win situation..
TQVM Nuffnang..


Kisah kejayaan redmummy dengan nuffnang


OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.


Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya,"

sumber kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...