Pages

Friday, January 21, 2011

Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang

Salam 1Malaysia Semua



Amacam petang ni? Ok ker? Demam TERKEZUT menang bola tak hilang lagi ke? Hehehehe.. Ok. Hari ni nak berkongsi satu TIPS lagi. Tapi sebelum itu nak ingatkan, SY ni cuma blogger amatur jer, masih baru, mentah dan pendek kata BELUM LAYAK UNTUK KASI TIPS semacam ini. Namun, atas permintaan rakan blogger, sy gagahkan diri untuk buat senarai langkah sebagai blogger untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) ni yer. Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang

Korang mesti tak percaya kan, ammboi telah mendapat BE Yang Ke-25 dan 26 dah. Semuanya hasil berkat tips yang diberikan oleh blogger otai seperti CikguDahlia dan beberapa blogger lain lagi. Ammboi cuba manfaatkan tips yang diberikan dan alhamdulillah, hasilnya telah nampak di depan mata.



Apa itu BE?

Pada blogger baru, mungkin anda tak tahu BE dan Nuffnang tu apa kan. Tapi mesti anda pernah nampak iklan Nuffnang kat kebanyakkan blog blogger kan. Nuffnang ni ialah satu komuniti pengiklanan blog. Anda boleh mendapat hasil daripada iklan tersebut. Daripada anda berblog suka-suka tu, boleh juga menambah pendapatan sampingan. Berminat? Boleh register Nuffnang kat SINI.

Pendapatan Nuffnang ada 3 jenis. Ada Buffered Earnings (BE), Metered Earnings(ME) dan Campaign. Untuk mendapat lebih banyak hasil, *dalam erti kata lainnya duit* anda perlu mendapat BE. Pendek kata,
Lebih banyak BE = lebih banyak duit
( Kredit untuk Planet MiRRa)


Tips Mendapat Buffered Earnings (BE) Nuffnang


Langkah 1 :

Pastikan anda melengkapkan ruangan "blogger bio" dan "blogger servey" sebaiknya. Tulis kat situ apa-apa yang patut. Jangan malu-malu dan segan. Kerana disinilah anda memulakan sesi mempromote blog anda kepada Nuffnang. Pastikan anda kasi GEGAR sama naluri Nuffnang untuk gerakkan hati mereka kasi BE banyak-banyak tau.

Langkah 2 :

Kotak Iklan - Korang kena hargai dan belai sebaiknya si KOTAK IKLAN ni. Maksud belai tu korang janganlah dok gosok plak dia. Korang kena letakkan ditempat yang sesuai dan betul dengan kehendak en. Nuffnang ni. Tak betul kotak tu maknanya korang pun takkan dapat BE punyalah. (kecuali jika korang lagi hebat!)

Langkah 3 :


Pastikan status Nuffnang korang senantiasa "gliterrati". Nak dapat status ni senang sahaja. Anda mesti SETIA dengan Nuffnang. Jangan letak iklan dari syarikat pengiklanan yang lain. Dengan ini korang jangan fikir TAMAK jer. Sabar...ada la rezeki tu.

Langkah 4 :

Pastikan blog anda sentiasa ada Unique Visitor (UV) setiap hari. At least 50. Sebab dulu UV blog saya 50++ boleh dapat BE. Lagi banyak lagi bagus lah. Kalau boleh 100++ setiap hari. Kalau kurang sila lah blogwalking kerana blogwalking memang terbukti berkesan dalam menaikkan traffic blog. Ada yang tak berapa tahu pasal UV ni. Sebenarnya, UV ni ialah bilangan pelawat yang datang ke blog kita dalam tempoh satu jam (IP address sama). Contohnya, katakan lah pelawat A datang blog saya pada pukul 2, kemudian dia datang lagi pada pukul 2.20, 2.45 dan 2.55. Walaupun dia datang 4 kali, UV tetap 1 je. So, anda kena bijak lah untuk naikkan UV anda. Kalau nak blogwalking ke blog yang sama tu make sure lewat sejam lah. Baru UV bertambah apabila mereka membalas jejak. ( Kredit untuk Planet MiRRa)

Wokey..ammboi syor sampai Langkah 4 jer. Nak langkah selanjutnya korang boleh jelajah SINI. Sebab ammboi tak pernah sampai tahap ni. hehehe....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...